Monday 2 June 2014

/me Sigh....

Hari ni aku stat keje balik setelah kelmarin aku cuti...arghhhh boringnya..rasa tak semangat betul pegi keje. Sumtimes aku rasa aku pi keje ni sebab terpaksa. Ye lah kalau tak keje aku nak dpt duit kat mana kan? Tapi kadang2 aku fikir aku rasa bersalah pi keje pun ada sebab aku asyik merungut je. Tapi hakikatnya bukan aku ni suka merungut pun. Tapi keadaan tempat keje aku yg buatkan aku asyik merungut. Kadang2 terfikir nak cari keje tempat lain tapi dengan umur yg aku dah KERTU ni ada ka tempat lain nak ambik aku keje? Org ckp tempat keje lah umah ke2 kita sebab rakan2 sekerja umpama keluarga kita..dlu aku rasa mcm 2 tapi skang ni aku rasa sebaliknya. Skng ni betapa aku rindukan bos aku yg dlu & department aku yg dlu :-(...cakap bnyak pun x guna kan..skg dh jam 6.45am nnti lambat lagi pi keje ahli sihir di ofis 2 meroyan lagi. bye all..
My ex-boss and she is already retired

Sunday 1 June 2014

Cuti Kaamatan

Assalammualaikum...hai korang!!~ Ari ni aku cuti hehehe best juga bila cuti ari ISNIN ni. Bukan senang nak dapat cuti ari Isnin ni sebenarnya kan sbb kira permulaan ari. Tapi dah nama nya Monday Blues kan?

Sabah ekceli dh stat public holiday ari Jumaat lagi sebab pesta Kaamatan. Pesta Kaamatan ni disambut oleh masyarakat kadazan dusun. Kalau mengikut sejarah lah Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama. 
Ni la Tun Fuad Stephen pada siapa2 yg x kenal tu


Kebiasaan nya lah antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tapi 2 dulu skang ni sapa2 pun boleh menari tarian sumazau dengan iringan paluan gong. Bukan susah mana pun tarian ni. senang je pun just kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan. Contoh seperti video di atas. Boleh layan la tarian sumazau ni tak boring pun.
Pertandingan Unduk Ngadau 2013
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini. Tapi biasa nya paing femes yg ramai org tau adalah acara Unduk Ngadau..of coz lah lah prmpuan cantik ja semua.

Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Asal usul Magavau
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazan Dusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinorohingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinorohingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dikorbankan dan mayatnya disemadi menurut istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian daripada mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambarayon".
Bermula daripada kejadian tersebut orang-orang Kadazan Dusun memulakan upacara Pesta Kaamatan, juga dikenali sebagai KOKOTUAN ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan sejak awal sehingga kini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kaum itu mengenai asal-usul serta pencipta mereka - Kinorohingan, yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya - Humindoun untuk menyalamatkan mereka daripada mati kebuluran.

So itu dia matapelajaran Sejarah kita pada hari ini . Aku pun bukan lah arif sangat pasal sejarah pesta kaamatan ni. Ni pun aku cedok dari wikipedia jugak apa pun tarian tradisi Sabah paling aku suka sekali Tarian Mangunatip atau pun bahasa Omputeh nya Bamboo Dance. Jom layan~ Bye