Friday, 4 July 2014

Ramadhan datang lagi~


Selamat menyambut ramadhan semua...lama nya tak mengarang dlm blog kesayangan ni.well..aku kna lah admit yang aku bukan lah penulis blog tegar. Tapi ada ketika terbit juga rasa rindu nak menulis ke dalam blog ni cuma masa je kena carik..lebih2 lagi lepas laptop aku dah takde so terpksa lah menggunakan desktop kat ruang tamu ni je.

Jgn jadik mcm gambar di atas tau hehehe :p




So puasa mcm mana? Mudah2an puasa korng smua berjalan dengan lancar lah ye. Jgn lah ponteng puasa...kalau org prmpuan tak puasa tu ok aku leh paham tapi kalau yg lelaki tak puasa 2..kan buruk~ Kalau tak sihat ok nak buat mcm mana jugak kan. Tapi as long boleh kita cuba untuk berpuasa kita kena lah cuba kan...Puasa hanya dtg setahun sekali jerk...tahun ni mmg aku bertuah sbb Allah msih panjang kan umur aku untuk menikmati bulan puasa tapi mcm mana kalau tahun depan atau selepas ni Allah cabut nyawa aku? Eiii....ngeri jika nak imagine kan perkara tu..terlalu byk dosa yang aku telah lakukan...aku tak tau samada adakah sempat aku nak bertaubat atau tak n adakah Allah akan menerima taubat aku? Tapi aku tau Allah tak kejam dengan hamba Nya kan? Dan aku yakin setiap apa juga yg kita jalani hari2 ni sebab Allah sayangkan semua hamba2 Nya sebab tu lah ada nya bulan Ramadhan.

Aku dah trip jadi ustazah express lah pulak kan...hehehe sorry...aku hrp puasa korang tahun ni suksess yer. Mudah2an beroleh keberkatan dari Nya..Selamat berpuasa lgi skali :D

Monday, 2 June 2014

/me Sigh....

Hari ni aku stat keje balik setelah kelmarin aku cuti...arghhhh boringnya..rasa tak semangat betul pegi keje. Sumtimes aku rasa aku pi keje ni sebab terpaksa. Ye lah kalau tak keje aku nak dpt duit kat mana kan? Tapi kadang2 aku fikir aku rasa bersalah pi keje pun ada sebab aku asyik merungut je. Tapi hakikatnya bukan aku ni suka merungut pun. Tapi keadaan tempat keje aku yg buatkan aku asyik merungut. Kadang2 terfikir nak cari keje tempat lain tapi dengan umur yg aku dah KERTU ni ada ka tempat lain nak ambik aku keje? Org ckp tempat keje lah umah ke2 kita sebab rakan2 sekerja umpama keluarga kita..dlu aku rasa mcm 2 tapi skang ni aku rasa sebaliknya. Skng ni betapa aku rindukan bos aku yg dlu & department aku yg dlu :-(...cakap bnyak pun x guna kan..skg dh jam 6.45am nnti lambat lagi pi keje ahli sihir di ofis 2 meroyan lagi. bye all..
My ex-boss and she is already retired

Sunday, 1 June 2014

Cuti Kaamatan

Assalammualaikum...hai korang!!~ Ari ni aku cuti hehehe best juga bila cuti ari ISNIN ni. Bukan senang nak dapat cuti ari Isnin ni sebenarnya kan sbb kira permulaan ari. Tapi dah nama nya Monday Blues kan?

Sabah ekceli dh stat public holiday ari Jumaat lagi sebab pesta Kaamatan. Pesta Kaamatan ni disambut oleh masyarakat kadazan dusun. Kalau mengikut sejarah lah Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama. 
Ni la Tun Fuad Stephen pada siapa2 yg x kenal tu


Kebiasaan nya lah antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tapi 2 dulu skang ni sapa2 pun boleh menari tarian sumazau dengan iringan paluan gong. Bukan susah mana pun tarian ni. senang je pun just kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan. Contoh seperti video di atas. Boleh layan la tarian sumazau ni tak boring pun.
Pertandingan Unduk Ngadau 2013
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini. Tapi biasa nya paing femes yg ramai org tau adalah acara Unduk Ngadau..of coz lah lah prmpuan cantik ja semua.

Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Asal usul Magavau
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazan Dusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinorohingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinorohingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dikorbankan dan mayatnya disemadi menurut istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian daripada mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambarayon".
Bermula daripada kejadian tersebut orang-orang Kadazan Dusun memulakan upacara Pesta Kaamatan, juga dikenali sebagai KOKOTUAN ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan sejak awal sehingga kini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kaum itu mengenai asal-usul serta pencipta mereka - Kinorohingan, yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya - Humindoun untuk menyalamatkan mereka daripada mati kebuluran.

So itu dia matapelajaran Sejarah kita pada hari ini . Aku pun bukan lah arif sangat pasal sejarah pesta kaamatan ni. Ni pun aku cedok dari wikipedia jugak apa pun tarian tradisi Sabah paling aku suka sekali Tarian Mangunatip atau pun bahasa Omputeh nya Bamboo Dance. Jom layan~ Bye

Thursday, 29 May 2014

Tears are how our hearts speaks, when our lips can't describe how much we've been hurted

Semua orang ada masalah dengan kehidupan masing2 kan? Masalah kerja, masalah kewangan, masalah keluarga, masalah dgn kawan2, masalah dgn boyfriend/girlfriend, masalah dengan bos, masalah dgn umah, masalah dgn keta, masalah dgn kucing n mcm2 lgi bentuk masalah yg menimpa hidup semua orang. Tapi sedar tak yang menjadi persoalannya mcm mana untuk kita menangani masalah kita? Sumtimes kita rasa hidup ni mcm x adil...bila kita lihat sekeliling pasti akan terdetik di hati "knp kita tak boleh happy mcm org lain"? "Knp semua yg aku lalui menjadi masalah untuk aku?" "Apa lgi yg harus aku buat untuk handle masalah ini?" N mcm2 segala rasa "kenapa" akan terdetik di hati kita..Kita bukan seorang yg kuat untuk menangani masalah sebenarnya..klu kita kuat pasti x kan terjadi kes bunuh diri or sanggup rosakkan diri sendiri, sanggup bunuh org lain yg buat kita bermasalah or else takkan sanggup mendera anak or sesiapa yg dekat dengan kita untuk lepaskan tekanan yg kita ada. Kalau kita seorang yg kuat kita takkan mudah rapuh kan? Aku rasa semua org pernah dengar ungkapan sebegini " Allah takkan menguji hamba Nya dengan ujian yang boleh hambaNya tak boleh tanggung". Tapi bila ada kes mcm2 yg melibatkan seseorang dengan masalah nya kita nak salah kan siapa? Tuhan kerana memberikan hamba Nya ujian yang TAK tertanggung? Atau kita akan kata "tu lah org tu tak fikir panjang sbab 2 sanggup buat mcm2?" 

Aku juga adalah masalah hidup aku sendiri..terus terang ckp aku bukan seorang yang kuat semangat, aku juga bukan seorang pejuang dalam hidup..aku sebenarnya seorang yang menyerahkan segala-galanya pada Dia. Aku selalu terdengar segala bisikan menyuruh aku buat benda bukan2 & macam2..tapi yg hanya aku termampu aku berdoa semoga Allah memberi aku kekuatan untuk tidak hanyut dgn segala bisikan yang pastinya hnya akan membuat aku lebih hancur. Aku sedar aku tak cukup segala amalan..aku juga tak cukup pahala untuk di bawa kesana menjadi bekalan..sebab 2 aku hanya mampu meminta belas kasihan dripada Nya untuk aku terus melalui apa yg tertulis untuk aku dengan segala sisa kekuatan yang ada sbb aku YAKIN pada Dia. Bila aku terbaca di mana2 berita x kisahlah di facebook, blog atau surat khabar sekalipun yg melibatkan seseorang menghancurkan hidup nya sndiri or org lain aku jadi takut. Aku tak tau apa akan jadi dengan aku di masa akan datang..aku cuma takut akan menjadi seseorang yang sudah tidak boleh membezakan apa2 dan aku jadi takut kehilangan keyakinan pada Dia. 

Kalau kita tak berada di tempat seseorang yang sanggup melakukan apa saja..segala ungkapan nasihat, or kata2 punjangga menjadi senang untuk diungkapkan tetapi bila kita berada dalam keadaan seperti kita tak boleh bangun n berdiri kita akan merasakan mati adalah jalan terbaik. Memberi nasihat adalah baik kerana itu menunjukkan kita ambil berat dengan seseorang tetapi adakah itu sekadar nasihat untuk menunjukkan kita adalah yg terbaik or kita memberi nasihat kerana kita benar2 ingin memahami dan sentiasa di saat susah dan senangnya org yg bermasalah tersebut? Dan menjadi seorang yg bermasalah mmg sukar..segala nya akan menjadi susah sangat2...seperti hidup ni hnya masalah untuk kita..tapi adakah berbaloi selama bertahun Allah beri kita umur yg panjang..memberi peluang menggunakan segala peluang yg diberi Nya..segala mcm dilalui segala rintangan ditempuhi..tetapi apabila sesuatu masalah yg besar berlaku kita habiskan segala nya dengan menghancurkan diri sendiri? 

Segalanya n semua nya terpulang pada diri kita..tepuk dada tanya hati..